Sunday, September 9, 2018

Senang je formula dalam tajuk Atomic Structure

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

“Puan, formula untuk chapter 2 akan diberi tak dalam soalan?”
“Puan, saya confuse nak guna formula Rh (rydberg constant) yang mana satu”

Haaa... tu adalah di antara soalan yang kerap saya dapat daripada para pelajar matrik ni. Pelajar-pelajar ni nervous bila nak masuk exam pertengahan sem yang dibuat secara dalaman (Gear Up Potential). Kalut sebab formula yang ada dalam chapter ni tak hafal lagi sebab tak tau kena hafal dan masih keliru nak guna yang mana satu.

Actually hanya ada 5 formula saja dalam tajuk ni. Sikit yang amat kan. Formula nak cari energy of electron, formula nak cari panjang gelombang electron dan nak cari  frekuensi electron.

So, jom diskas!

1) Formula nak cari energy electron;

i) Energy electron at its energy level. Time ni electron tu bergerak dalam orbit dia saja. Tak pindah randah lagi ke excited state.


E = -Rh ( 1/n2)  where n = energy level , Rh = Rydberg constant = 2.18x10-18J


Contoh soalan :
Calculate the energy of electron at 2nd energy level.

Gantikan saja n = 2
So E = - 2.18 x 10-18 ( 1/ 22)
        = - 5.45 x 10-19J

ii) Formula nak cari energy electron bila electron tersebut dah dpt tenaga dan mula bergerak ke excited state;


E = Rh (1/ni2 - 1/nf2) where ni = electron tersebut mula bergerak dari mana, nf = di mana electron tu berhenti bergerak


Contoh soalan 1 :
What is the energy emitted during a transition of electron from the 5th energy level to 2nd energy level.

Maka ni = 5 , nf = 2. Sebab energy emitted adalah apabila electron tu jatuh daripada excited state (nilai n yang lebih tinggi) kepada ground state (nilai n yg lebih rendah)

So ∆E = 2.18 x 10-18 ( 1/52 - 1/22)
           = - 4.58 x 10-19J (-ve sign nak tunjukkan bahawa energy dibebaskan (energy emitted)

Contoh soalan 2
Calculate the energy emitted of the 2nd line of Balmer series.

Maka  ni = 4 , nf = 2 

Eh, ada beza ke 2nd energy level dan 2nd line of Balmer series? Ya....ada beza anak-anak. Klik sini untuk Beza line spectrum dan energy level kalau masih keliru maksud kedua-dua term tersebut. 

So ∆E = 2.18 x 10-18 ( 1/42 - 1/22)
           = -4.088 x 10-19J

Mesti ingat sekiranya energy emitted bermaksud energy released. Energy released adalah apabila electron tu jatuh daripada excited state kepada ground state. Kalau jatuh mestilah daripada tempat yang lebih tinggi kan. 



2) Formula nak cari panjang gelombang;

formula 1

1/λ = Rh (1/n12 - 1/n22) where Rh = 1.097 x 107 m-1, n1 mesti nilai n yang lebih kecil daripada n2 sebab nak dapatkan nilai panjang gelombang nilai positif. Tak kisah electron tu jatuh daripada excited state atau nak naik daripada ground state. Sebab panjang nilai positif.

 formula 2


E = hc / λ , where h = plank constant (6.63x10-34) , c= speed of light (3.00x108)
so, λ = hc/

3) Formula nak cari frekuensi;

Formula 1
E = hv, where h = plank constant (6.63x10-34)
so, v = E/h

Formula 2

v=c/λ where c= speed of light (3.00x108)



So, sikit je kan formula yang nak kena hafal. Selamat menghafal anak-anak. Semoga bermanfaat!







Tuesday, August 28, 2018

ARCT TABLE membantu mencari limiting reactant dengan cepat dan mudah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelajar di kolej matrikulasi sering menghadapi masalah untuk menentukan reaktan penghad (limiting reaktant) dengan tepat jadi masalah ini telah berjaya diatasi dengan kaedah jadual yang sangat mudah digunakan yang diberi nama ARCT Table. Kaedah ini telah dicipta oleh kumpulan kami dan telah dipertandingkan di pertandingan inovasi dalam pendidikan di peringkat antarabangsa dan telah memenangi pingat emas. Yey!




Oleh itu, saya kongsikan di sini langkah demi langkah untuk menggunakan kaedah mudah ini di bawah.

CONTOH SOALAN :


Hydrogen gas reacts with oxygen gas to produced water according to the following equation:
2H2 (g)   +  O2 (g)     2H2O (g)
If 6 mol of H2 reacts with 5 mol of O2 , determine the limiting reactant and excess reactant.

LANGKAH PERTAMA : Tulis dan seimbangkan persamaan kimia yang terlibat. (sekiranya persamaan kimia tidak diberi)

LANGKAH KEDUA : Buat ARCT Table seperti di bawah ;

nota : A - Available mol
          R - Required mol
          C - Compare mol
          T - Type of reactants



ARCT TABLE
Reactant



Available mol






Required mol
(Tips : mol ratio)






Compare mol (available  vs required)
(Tips : >  =   I>esar
          
           <  =   I<ecil





Types of reactant
(Tips : >  =  excess
           <  =  limiting








LANGKAH KETIGA : Isikan ARCT Table tersebut :

1) Tulis reactant yang terlibat dalam soalan di dalam ruangan Reactant. (tulis reactant saja. Cth: H2 bukan 2H2)

2) Masukkan bilangan mol yang diberi dalam soalan untuk setiap reactant di bahagian Available mol.

3) Cari mol yang dikehendaki (required mol) menggunakan kaedah perkadaran. 

4) Bandingakn mol yang ada (available mol) yang diberi dalam soalan dan juga mol yang dikehendaki (required mol). Pastikan mol available di depan. (ataupun nilai kotak atas dibandingkan dengan nilai di dalam kotak bawah)

5) Daripada nilai mol yang dibandingkan tadi, sekiranya nilai available mol lebih kecil daripada nilai required mol, itu bermaksud mol yang ada kurang berbanding mol yang dikehendaki di dalam tindakbalas tersebut. Itu menunjukkan bahawa reactant tersebut merupakan LIMITING REACTANT.

Sekiranya nilai mol available lebih besar daripada mol required, itu menunjukkan bahawa mol tersebut berlebihan di dalam tindakbalas tersebut maka reactant tersebut merupakan EXCESS REACTANT.




ARCT TABLE
1) Reactant
H2
O2

2) Available mol


6

5

3) Required mol
(Tips : mol ratio)


1 mol O2    Ξ  2 mol H2
5 mol O2    Ξ  5 x 2
                        1
                     = 10 mol H2

2 mol H2    Ξ  1 mol O2
6 mol H2    Ξ  6 x 1
                        2
                     = 3 mol O2


4) Compare mol (available  vs required)
(Tips : >  =   I>esar
          
           <  =   I<ecil


Available vs required
6 < 10

Available vs required
5 > 3
5) Types of reactant
(Tips : >  =  excess
           <  =  limiting


limiting

excess

ARCT TABLE yang telah siap diisi


Senang kan! Semoga ia dapat membantu.







Chapter 5 handouts

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Boleh download handouts chapter 5 di sini. 5.1 Gas Law Handout  (KLIK SINI)