Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Phase diagram merupakan diagram paksi Pressure(atm) vs Temperature(oC). Untuk melukis
phase diagram untuk CO2 dan H2O, make sure region
solid-liquid-gas berada di tempat yang betul. Lepas tu make sure tahu kedudukan
dan condition TRIPLE POINT, CRITICAL POINT, pressure dan temperature untuk
normal melting point dan boiling point.
Phase diagram untuk CO2 mempunyai +ve slope untuk
solid-liquid equilibrium line. (line O-D untuk gambarajah di bawah)
Phase diagram CO2
Sedangkan H2O mempunyai –ve slope
untuk solid-liquid equilibrium line. (line A-D untuk gambarajah di bawah)
Phase diagram H2O
Ok, kenapa ada beza +ve slope dan -ve slop untuk CO2 dan H2O ini adalah disebabkan oleh perbezaan density(ketumpatan).
Anomalous behaviour of H2O (-ve slop)
Solid H2O (ais) mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada liquid H2O (air). Sebab tu ais terapung di atas permukaan air kan. Sebab struktur air akan expand bila ia bertukar menjadi ais. Jadi, bila density ais ini lebih rendah, bermaksud volume ais lebih tinggi. (bila expand volume semakin tinggi).
Untuk -ve slop ini, kita berbincang tentang line solid-liquid in equilibrium. (Line A-D merujuk phase equilibrium di atas)
H2O(s) ⇌ H2O(l)
Ini bermaksud, fasa yang exist di atas line ini adalah ais dan air yang sama banyak. equilibrium = equal.
Bermula di triple point, fasa solid, liquid dan gas berada dalam equilibrium. (seimbang=sama banyak). Jadi bila pressure meningkat, volume akan rendah. (Boyle's law) so time ni H2O akan exist sebagai air (liquid phase). Tapi kita nak line solid-liquid equilibrium. Bermaksud kita nak fasa air dan ais sama banyak. Bukan nak fasa air tu saja bila pressure meningkat.
Jadi, untuk hasilkan ais daripada air tadi apa yang kita akan buat? ya betul! Bekukan ia. Jadi rendahkan temperature. Supaya air beku jadi ais. Sebab tulah line solid-liquid equilibrium tu bergerak ke kiri apabila pressure semakin meningkat. Sebab tu line tu jadi -ve slop.
+ve slope CO2
CO2(s)
⇌ CO2(l) (fasa solid dan liquid in equilibrium = sama banyak)
Untuk CO2 pula, density solid CO2 adalah lebih tinggi berbanding CO2 liquid. (normal)
Jadi Volume CO2 solid lebih rendah berbanding CO2 liquid. Jadi, apabila pressure meningkat, volume rendah (Boyle's Law).
So bila pressure meningkat lebih banyak solid CO2 dihasilkan. Macam tadi juga, kita nak solid dan liquid sama banyak. Bukan lebih banyak solid CO2 terhasil apabila pressure meningkat. Jadi, macam mana nak hasilkan semula lebih banyak liquid CO2? tepat sekali! Cairkan ia. Untuk cairkan, perlulah tinggikan temperature. Sebab tu semakin pressure meningkat, temperature pun perlu ditingkatkan. Line tersebut akan bergerak ke kanan. So dapatlah +ve slop untuk CO2.
Jadi, untuk menjawab segala persoalan tentang ini, main reason adalah disebabkan oleh perbezaan ketumpatan. Solid H2O mempunyai density yang lebih rendah daripada liquid H2O sedangkan solid CO2 mempunyai density yang lebih tinggi berbanding liquid CO2.
Semoga ia dapat membantu. Selamat belajar!
No comments:
Post a Comment