Assalamualaikum dan selamat
sejahtera anak-anak. Tajuk ni sebenarnya berkisar tentang nak isi dan nak susun electron
dalam orbital. Nak menyusun
electronic configuration ni boleh pilih sama ada nak menggunakan spdf
notation ataupun orbital diagram.
Kita ambil contoh atom Na. Na ada
11 proton number so bilangan electron pun ada 11. Yang kita nak susun tu adalah
bilangan electron.
Spdf notation :
11Na : 1s2
2s2 2p6 3s1
So kalau pilih spdf notation gitulah kejadiannya. Yang nombor kecik-kecik tulah
bilangan elektron. Orbital s maksimum boleh isi 2 elektron. Orbital p maksimum
boleh isi 6 elektron manakala orbital d boleh isi maksimum 10 elektron.
Orbital diagram :
Kalau pilih orbital diagram pula macam contoh di bawah ni.
sumber google |
Yang dalam kotak tulah orbital diagram. Elektron dilukis menggunakan anak panah (half headed arrow). Satu kepala anak panah ke atas, satu lagi ke bawah.
Ok, dah tau nak susun elektron sama ada menggunakan spdf notation ataupun orbital diagram sekarang kita nak tau cara isi pula. So kalau nak isi electron tu kena ikut 3 cara. Iaitu dengan menggunakan
Aufbau Principle, Pauli Exclusion Principle dan Hund’s Rule.
Aufbau
Principle
Cara pertama nak isi electron
adalah dengan menggunakan Aufbau Principle. Menurut Aufbau nak isi electron
dalam orbital mestilah dimulakan dengan orbital yang paling rendah tenaganya
dulu. So orbital yang mempunyai tenaga terendah sudah semestinya 1s. Selepas tu
diikuti dengan orbital seterusnya. Nak mudah kenalpasti susunan tenaga setiap
orbital boleh guna kaedah ‘tempias air hujan’ macam gambarajah di bawah ni.
sumber google |
So susunan berdasarkan Aufbau principle untuk atom X yang mempunyai 23 elektron akan jadi seperti:
23 X : 1s2
2s2 2p6 3s2 3p6 4s2 3d3
Pauli principle ni pula
menerangkan cara nak lukis anak panah (half headed arrow) tu macam mana atas
orbital tu. So secara teori, tiada 2 electron yang boleh mempunyai
keempat-empat nombor quantum yang sama. Sebab ia akan berbeza dekat spin
quantum number. So kalau menggunakan orbital diagram, anak panah tu mestilah
dalam berkeadaan berlainan spin. Satu kepala anak panah di atas, satu lagi
kepala di bawah macam gambarajah di bawah ni.
sumber google |
Hund’s
Rule
Hund’s rule ni pula menerangkan
tentang kalau nak isi elektron dalam degenerate
orbital. Degenerate orbital ni contohnya macam orbital p dan d. Contohnya orbital
p ada 3. Jadi ketiga-tiga orbital ni mempunyai tenaga yang sama dan juga bentuk
(l = azimuthal quantum number) yang juga sama. So nak isi elektron dalam
orbital yang sama ni kena ikut cara ‘singly before pair’. Maksudnya secara
single dulu baru dipasangkan. Macam contoh atom yang ada 7 elektron perlulah diisi seperti gambarajah di bawah ni.
sumber google |
Semoga ianya dapat membantu. Happy studying!
No comments:
Post a Comment