Monday, July 15, 2019

Step nak lukis Lewis Structure - Single bond


Assalamualaikum dan selamat sejahtera anak-anak…


Macam mana nak lukis Lewis Structure? Ada structure yang hanya ada single bond saja. Ada structure yng mempunyai double bond atau triple bond. Ada structure yang mempunyai charge. Ok, no worries, just follow simple steps di bawah ni untuk Lewis Structure yang mempunyai single bond.



Contoh : NF3 (single bond)

 Step 1



Kira semua valence electron untuk setiap atom dalam structure tersebut.


Atom                    Number of valence electrons

N                                          5

3F                                         7x3 = 21

      Total :   26



Step 2


i)                 Tentukan central atom dan terminal atoms.

-        Atom yang lebih electropositive – Central atom (kecuali H)

-        Atom yang lebih electronegative – Terminal atom


So, F berada lebih kekanan dalam periodic table. (across period) So F lebih electronegative.




Electronegativity N = 3.0 , F = 4.0 (boleh rujuk gambarajah di bawah ni)



ii)                Lukis rangka lewis structure (skeletal structure)

            N - central atom
            F - terminal atoms

skeletal structure NF3


                                

Step 3


i)                 Bilangan semua valence electron (dalam step 1) – bilangan bonding pair electrons. (bonding pair NF3 ada 3. So bonding pair electrons ada 6)

            26 - 6 = 20


ii)                Hasil tolak electron tadi (20 electrons) penuhkan secara octet (8 electrons) di keliling semua TERMINAL ATOMS.

 
Total electrons sekeliling terminal atoms = 18



iii)               Baki electron (2 electrons) diisi dekat central atom (N)

2 electrons baki diisi dekat N (central atom)


 Step 4


Check. Setiap atom central dan terminal mestilah octet (8 electrons) atau duplet (2 electrons) untuk H.

Dah siap Lewis structure untuk NF3. Senang je kan. Selamat mencuba anak-anak! 

*** Lewis structure untuk multiple bonds dan yang ada charge dalam post seterusnya ya.


Tuesday, July 2, 2019

Anomalous Electronic Configuration of Chromium and Copper


Assalamualaikum dan selamat sejahtera anak-anak.. 

Ok, kenapa ada anomalous case untuk atom Chromium dan Copper? 

Sebabnya atom chromium dan copper ni tak ikut kebiasaan pengisian electron berdasarkan Aufbau Principle. 

Jom check anomalous case ni!

Chromium

Atom chromium ada 24 elektron. So kalau berdasarkan cara isi berdasarkan Aufbau Principle akan jadi seperti expected electronic configuration.

Expected  24 Cr : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s2 3d4
 
Tapi sebenarnya susunan elektron untuk chromium bukan macam di atas. Ini disebabkan oleh kestabilan orbital. Orbital yang mempunyai partially filled d orbital (3d1, 3d2, 3d3, 3d4, 3d6, 3d7, 3d8,3d9) adalah kurang stabil berbanding orbital yang mempunyai elektron dalam bentuk half filled d orbital (3d5) ataupun fully filled d orbital (3d10)

Apa yang berlaku kepada chromium adalah, 1 elektron di dalam orbital 4s akan dipindahkan kepada orbital 3d. So electronic configuration sebenar atom chromium akan menjadi seperti 

Actual  24 Cr : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s1 3d5

Kenapa jadi macam ni? Sebab Chromium nak capai kestabilan half filled d orbital (3d5).

Contoh soalan :

Explain the anomalous electronic configuration of Chromium atom.

Jawapan :

Expected  24 Cr : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s2 3d4
Actual  24 Cr : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s1 3d5
Explanation : 1 electron from 4s will be promoted into 3d orbital to achieve stability of half filled d orbital. Half filled d orbital (3d5) is more stable than partially filled d orbital (3d4)

Copper

Copper atom pula ada 29 elektron. Jadi susunan elektron berdasarkan Aufbau Principle akan menjadi seperti :


Expected  29 Cu : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s2 3d9
 
Tapi sebenarnya susunan elektron Copper adalah :

Actual  29 Cu : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s1 3d10

Sebabnya adalah copper nak capai kestabilan fully filled d orbital (3d10) 

Contoh soalan :

Explain the anomalous electronic configuration of Copper atom.

Jawapan :

Expected  29 Cu : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s2 3d9
Actual  29 Cu : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s1 3d10
Explanation : 1 electron from 4s will be promoted into 3d orbital to achieve stability of fully filled d orbital. Fully filled d orbital (3d10) is more stable than partially filled d orbital (3d9)

Ok, semoga bermanfaat!

Electronic Configuration


Assalamualaikum dan selamat sejahtera anak-anak. Tajuk ni sebenarnya berkisar tentang nak isi dan nak susun electron dalam orbital. Nak menyusun electronic configuration ni  boleh pilih sama ada nak menggunakan spdf notation ataupun orbital diagram.

Kita ambil contoh atom Na. Na ada 11 proton number so bilangan electron pun ada 11. Yang kita nak susun tu adalah bilangan electron.

Spdf notation :

11Na : 1s2 2s2 2p6 3s1

So kalau pilih spdf notation gitulah kejadiannya. Yang nombor kecik-kecik tulah bilangan elektron. Orbital s maksimum boleh isi 2 elektron. Orbital p maksimum boleh isi 6 elektron manakala orbital d boleh isi maksimum 10 elektron.

Orbital diagram :

Kalau pilih orbital diagram pula macam contoh di bawah ni.

sumber google

Yang dalam kotak tulah orbital diagram. Elektron dilukis menggunakan anak panah (half headed arrow). Satu kepala anak panah ke atas, satu lagi ke bawah.

Ok, dah tau nak susun elektron sama ada menggunakan spdf notation ataupun orbital diagram sekarang kita nak tau cara isi pula. So kalau nak isi electron tu kena ikut 3 cara. Iaitu dengan menggunakan Aufbau Principle, Pauli Exclusion Principle dan Hund’s Rule.

Aufbau Principle
Cara pertama nak isi electron adalah dengan menggunakan Aufbau Principle. Menurut Aufbau nak isi electron dalam orbital mestilah dimulakan dengan orbital yang paling rendah tenaganya dulu. So orbital yang mempunyai tenaga terendah sudah semestinya 1s. Selepas tu diikuti dengan orbital seterusnya. Nak mudah kenalpasti susunan tenaga setiap orbital boleh guna kaedah ‘tempias air hujan’ macam gambarajah di bawah ni.

sumber google

So susunan berdasarkan Aufbau principle untuk atom X yang mempunyai 23 elektron akan jadi seperti:


23 X : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 4s2 3d3
 
Sebabnya tenaga orbital 4s lebih rendah daripada orbital 3d. Jadi elektron yang ke-19 dan ke-20 perlu diisi dalam orbital 4s dulu. Barulah bakinya akan diisi dalam orbital 3d. Harap faham ye anak-anak.


    Pauli Exclusion Principle
Pauli principle ni pula menerangkan cara nak lukis anak panah (half headed arrow) tu macam mana atas orbital tu. So secara teori, tiada 2 electron yang boleh mempunyai keempat-empat nombor quantum yang sama. Sebab ia akan berbeza dekat spin quantum number. So kalau menggunakan orbital diagram, anak panah tu mestilah dalam berkeadaan berlainan spin. Satu kepala anak panah di atas, satu lagi kepala di bawah macam gambarajah di bawah ni.

sumber google

      Hund’s Rule
Hund’s rule ni pula menerangkan tentang kalau nak isi elektron dalam degenerate orbital. Degenerate orbital ni contohnya macam orbital p dan d. Contohnya orbital p ada 3. Jadi ketiga-tiga orbital ni mempunyai tenaga yang sama dan juga bentuk (l = azimuthal quantum number) yang juga sama. So nak isi elektron dalam orbital yang sama ni kena ikut cara ‘singly before pair’. Maksudnya secara single dulu baru dipasangkan. Macam contoh atom yang ada 7 elektron perlulah diisi seperti gambarajah di bawah ni.

sumber google











Dalam orbital 1s dan 2s perlu ada sepasang anak panah atas bawah, manakala dalam orbital p (degenarate orbital) tu kalau nak isi 3 elektron perlu isi anak panah ke atas dulu untuk ketiga-tiga elektron (singly) barulah kemudianya kita pasangkan (pair). Harap faham yeee...

Semoga ianya dapat membantu. Happy studying!

Chapter 5 handouts

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Boleh download handouts chapter 5 di sini. 5.1 Gas Law Handout  (KLIK SINI)